Interflour Malaysia
Resipi
Resipi> Sarawak Flour Mill > Kek>Kek Mint Coklat
Kek Coklat Mint
Kek :
Tepung Cap Kuda Green Horse – 375 g
Serbuk Koko – 75 g
Baking Powder – 3 tsp
Baking Soda – ¾ tsp
Telur – 6 biji
Gula Kastor – 325 g
Mentega (dicairkan) – 175 g
Susu Segar – 250 g
Frosting :
Putih Telur – 6
Gula Kastor – 270 g
Mentega (tanpa garam) – 450 g
Esen Peppermint – ½ tsp
Pewarna Makanan Hijau – secukupnya
*Chocolate Flakes untuk hiasan
Penyediaan Kek :
- Panaskan ketuhar kepada 170˚C. Griskan loyang kek 8-inci dan alas dengan kertas minyak.
- Ayakkan tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Tepikan.
- Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan bahan kering secara beransur-ansur, kemudian masukkan susu segar dan mentega.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang telah disediakan dan bakar selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.
Frosting :
- Masukkan putih telur dan gula kastor di dalam mangkuk mixer, rendam mangkuk mixer dalam air yang panas, sehingga gula larut, kira-kira 5 minit.
- Pukul putih telur dengan menggunakan kelajuan pantas selama 10 minit sehingga meringue kembang dan sejuk sepenuhnya.
- Pukul dengan kelajuan sederhana, masukkan mentega secara beransur-ansur, sekeping demi sekeping. Jika adunan mula kelihatan kental, pukul pada kelajuan pantas sehingga ia menjadi licin, kemudian teruskan menambah mentega. Setelah semua mentega telah dimasukkan, masukkan esen peppermint dan pewarna makanan.
- Hiaskan kek mengikuti stail kegemaran anda.